Saturday, October 23, 2010

sakitnyerr

assalamualaikum..
Apa yang akan aku coretkan di sini hanyalah sekadar luahan hati aku..di mana saat ini,detik ini,jam ini,masa ini,waktu ini aku teramat merindui diri dia,sayangkan diri dia namun aku harus akur bahawa aku sudah kehilangan dirinya dan dia tidak akan menemaniku lagi di saat aku perlukan dia..
Saat aku mengenali dirimu aku mula kenal apa itu erti cinta,sayang,rindu,belaian daripada seseorang yang amat kita sayang..hari-hari yang dilalui amat indah..tidak terkata dengan pengucapan,perbuatan..hari berganti hari..bulan berganti bulan..aku mula menyayangi dirimu sepenuh hatiku..
Tidak ada istilah benci mahupun curang yang terbit dalam hati aku..kerana aku tidak sanggup untuk menyakiti hatimu apatah lagi mengkhianati cinta dan sayang yang kau beri..
Gaduh..membuatkan hubungan kita lebih matang..tapi itu semua tak pernah menggoyahkan hubungan kita..sehari tidak berjumpa seperti setahun lamanya tidak bertemu muka..
Namun..hari ini kau pergi tinggalkan aku..aku tahu..kau terpaksa..namun aku tetap menyayangi dirimu..tak akan pernah kurang walau sedikit pun..kini..aku sendirian tanpa dirimu..
Yang hanya mampu ku lakukan hanyalah berdoa..aku mohon kepada Allah agar jika dirimu tercipta untukku..dekatkanlah hatimu dengan hatiku..jika tidak aku pasrah dengan ketentuanNya dan supaya kesedihan itu dapat ku usir jauh dari lubuk hatiku..
Namun aku tahu aku tidak mampu membuang dirimu dalam hati aku..dan jika ditakdirkan kita berjumpa satu hari nanti..aku sedia menerima dirimu pada masa itu..insyaAllah..

No comments:

Post a Comment